Monday, September 24, 2012

CIKGU RIDZ: Alatan untuk memasak

CIKGU RIDZ: Alatan untuk memasak: Alatan ini  biasanya digunakan di bengkel masakan bagi pelajar sains rumahtangga. Alatan ini biasanya diletakkan didalam laci dapu...

Tuesday, September 18, 2012

KERANG REBUS MAK AS



Assalamualaikum semua...
Jom kita cuba resepi simple dari kedai tomyam yg cik bubu rasa simple utk dicuba…kalau kat kedai tomyam harga sepinggan RM 5.00. So jom kita cuba sama2..

Bahan-bahannya

500 gram Kerang ( dibersihkan)
1 x Labu Bawang Besar (dihiris halus)
2 x  Btg Serai (dihiris halus)
1x Biji Tomato (dipotong kecil2)
Sedikit Halia (dihiris halus)
Sedikit Perasa Garam


Cara memasak:-

Masukkan semua bahan-bahan diatas didalam kuali tambah 1 gelas dan rebus sehingga masak. Tutup api siap untuk di hidang. Resipi ini sesuai di makan bersama sambal belacan. Hidangan untuk 2xorg. (Masa yang diambil 10Min)

P/s : - Selamat Mencuba.



RENDANG DAGING KICAP (RESEPI MAK NGAH NAB)



RENDANG DAGING KICAP (RESEPI MAK NGAH NAB)

Bahan-bahannya:
-1 Kg Daging Lembu
-½ kg Santan
-5 btg Serai *
-1 Sudu Jintan Manis*
-1 Sudu Jintan Putih*
-Sedikit Halia*
-Sedikit Lengkuas*
-2 Biji Bawang*
-5 Biji Bawang Putih
-15 Tangkai Cili kering /Cili Boh pon boleh*
-1 biji Gula Kabung (Gula Merah pun boleh) *
Nota: bertanda * ( Bahan2 tersebut perlu dikisar)

Bahan Perasa
-Kicap Manis
-Sedikit Gula Pasir
-Sedikit Garam ( sebgai bahan perasa)
-Daun Kunyit

Cara memasaknya:
Masak Gula Kabung dengan sedikit air sehingga cair. Kemudian tutup api.
Ambil daging yang siap dicuci + Gaul dengan semua bahan yang dikisar serta campurkan gula kabung tadi dan ketepikan selama 15minit.

Panaskan Kuali dan sedia untuk memasak. Masukkan daging yg siap digaul bersama santan
Masak sehingga daging empuk . Masukkan sedikit bahan perasa Gula, Garam sehingga masak. Tempoh yg cik Bubu ambil untuk memasak Rendang ini adalah 3Jam.


P/s : Selamat Mencuba…


IKAN MASAK SINGGANG


IKAN MASAK SINGGANG


Assalamualaikum semua...
Jom kita cuba resepi terbaru akak...ekekeke...org lain dh bt lama akak baru nk cuba buat!!!

Bahan-bahannya

Seekor Ikan Tongkol/ Ikan Aya atau ikan Kembong ( Dibersihkan dan potong)
1 x Labu Bawang Besar
2 x  Btg Serai
5 x  Biji Cili Kg/ Cili Api
1x  Kpg Asam Keping
Sedikit Halia
Sedikit Lengkuas
Sedikit Kunyit Hidup
Sedikit Perasa Garam


Cara memasak:-

Masukkan semua bahan-bahan diatas didalam periuk tambah 2 gelas air atau lebih untuk kuah masak sehingga mendidih dan ikan masak. Tutup api siap untuk di hidang. Resipi ini sesuai di makan bersama sambal belacan. Hidangan untuk 2xorg.

P/s : - Selamat Mencuba.











Wednesday, May 2, 2012

Penjagaan Kesihatan


BAC- Mempunyai 10 Ekor kucing dan setiap ekor mempunyai bau & masalah kesihatan yang agak berbeza. Lagi2   BAK duduk di kawasan perumahan, dan jiran tetangga pernah menegur , Kerana masalah bau NAJIS yang mencemarkan udara. So BAK mencari- cari cara dan kaedah yang terbaik untuk menhilangkan bau harum semerbak tu….dalam sibuk2 mencari hingglah BAK masuk satu website dan terjumpa satu produk CAT BIO HEALTH (CBH) dan terus BAK call untuk mendapat penjelasan yang lebih teperinci berkenaan produk ini.

Produk Untuk Menghilangkan Bau Najis KucingDiformulasi dari teknologi Jepun berkonsepkan bakteria baik melawan bakteria jahat.Produk yang yang paling berkesan menyahbau najis dan menjadikankucing bertambah sihat.

 Hasil daripada Penggunaan CBH

Anda akan dapat melihat hasilnya dalam satu hari sahaja selepas penggunaan CBH.Najis kucing anda tidak akan mengeluarkan bau yang kuat.Kucing anda akan bertambah sihat dan cergasBulu Kucing anda akan menjadi lebih cantik dan  kembang.Kesan taik mata kucing akan jauh berkurang, tanda kucing anda bertambah sihat.Harga RM20 / 150ml

Untuk Pertanyaan sila hubungi: En Ismail H/P no: 012-3307161



Tempat Pembuangan Najis

Tempat Tinggal (Cat Cage) & Persekitaran

Susu/ Air Minuman Si Kucing

Makanan Kucing/Cat Food


JENIS-JENIS MAKANAN KUCING
  • Jenis kering/ Dry food
  • Jenis basah/ Canned -Wet Food

 Jenis-Jenis Makanan Kucing Popular dan mendapat sambutan Ramai

PRODUK IMPORT

  • *        Orijen
  • *        Blackwood Kitten
  • *        Royal Canin Kitten
  • *        Iams
  • *        Innova Evo
  • *        Science Plan
  • *        Orijen
  • *        Natura
  • *        Eagle Pack
  • *        Catege


KELUARAN TEMPATAN


Semua Jenis makanan kucing jenis premium adalah baik. Ia bergantung kepada si kucing anda samada makanan itu sesuai atau tidak. Kita perlu bijak untuk memilih. ~BAK~ kUCING kt rumah  Bubu makan nasi + ikan rebus @ Isi Ayam je....Kalau Dry Food dorg suke ProDiet. 

Thursday, April 12, 2012

Salam Sejahtera

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm) Salam sejahtera semua…sudah lama aku tak update……Macam2 yang berlaku di sekeliling kita….. Semoga semuanya sihat dan di limpahi rahmat dari NYA. Amin

Thursday, January 26, 2012

RESIPI PUDING

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Sudah lama aku tak update blog aku ni, bukan ape taka de cerita yang nak aku kongsikan kat korang semua…tapi aku nak kongsi satu resepi yang baru aku belajar dari adik angkat ku liza…

Liza nih memang lah pandai memasak,so lastweek dia ada dtg rumah….sambil borak sambil makan,maklumlah aku ni memang terkenal di kalangan kawan2ku seorang yg  suka makan…hik3….. so nak jadikan cerita….aku tanyalah si liza macamna nak buat Puding Karamel….yerla kalau aku beli kat Kedai/Pasar dorang jual satu Slice RM3… memang mahal…tapi nak  buat macamna aku ni kan bukan pandai nak buat…

Nak di pendekan cerita Liza dah ajar aku cara-cara nak buat sambil dia buat praktikal depan aku…. So inilah resepi “Pudding Karamel Liza”

PUDING KARAMEL (STEAMED PUDDING)

Bahan-Bahanya :

Bahan untuk- Puding Karamel
1 tin Susu cair
1 Susu Susu Pekat
6-7 biji telor
1 Sudu Esen Vanilla/ Banana pun ok
1 Sudu Serbuk Nescafe ( untuk buang bau telur)

Bahan untuk- Karamel :
3/4  Sudu gula & sedikit air

Alatan Memasak:
Steamer/ Pengukus
Blender & Loyang
*Cara menyediakan

1.      Blend/Pukul – Semua bahan-bahan untuk Puding Karamel tu… Susu cair+ Susu Pekat + Telur + Esen Vanila dan serbuk Nescafe sampai sebati.

2.      Masak gula dalam Loyang sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus/hangit) nanti pahit. Biar cair2

3.      Panaskan Steamer/Pengukus  dan masukkan Loyang  yang berisi gula hangus. Tuangkan semua bahan2 yang di blend tadi. Kukus dalam masa  20 - 30min. (sehingga masak pudding)

4.      Setelah masak angkat dan sejukkan …..Selamat mencuba…

 

P/s : Cuba-cubalah resepi ni ....Tq Liza....